Monday 4 July 2016

Filled Under:

Menyayat Hati 10 Minit Sebelum Kejadian Isteri Maut Dada Tertusuk Besi Penghadang Jalan


TERENGGANU: Wanita maut manakala suami dan anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 5, di sini

#Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam tadi, Nur Madihah Mohd, 22, yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

#Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, terbabas ke kiri jalan selepas menuruni bukit di situ.

#Berikutan itu, kereta terbabit melanggar besi penghadang jalan menyebabkan besi itu menembusi kereta sebelum tertusuk ke badan mangsa yang duduk di sebelah pemandu.


#Jenazah Nur Madihah yang bekerja di kedai makan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

#Muhammad Syahir dan anaknya Muhammad Naufal, 2, yang cedera dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

#Ketika kejadian, tiga beranak terbabit dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Limbong, Paka, selepas membeli barangan dapur di Bandar Dungun

#Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

#Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.





0 comments:

Post a Comment