Sunday 3 July 2016

Filled Under:

"Lagi berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja dinaiki mangsa, Proton Saga FLX dan sebuah bas mini persiaran.."


SABAH: Seorang budak perempuan berusia setengah maut manakala ibu bapanya cedera parah apabila kereta Proton Waja mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18, Jalan Semporna-Tawau, di sini, petang tadi.

#Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Nordania Dalisha meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya Mohd Razalie Hajal Lajim, 30, dan isterinya Mariana Abdul Hana, 27, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Semporna.

#Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.10 petang dan lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

#“Bomba menerima laporan berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja dinaiki mangsa, Proton Saga FLX dan sebuah bas mini persiaran.

#“Setiba di lokasi, ada seorang bayi perempuan meninggal dunia dan dua mangsa cedera parah bersama lima lagi mangsa lain yang cedera ringan. Semua mereka dikeluarkan orang awam dari kenderaan masing-masing," katanya ketika dihubungi, hari ini.

#Menurut Mohd Affendy, semua mangsa dibawa ke hospital berhampiran oleh orang awam untuk rawatan dan bomba hanya melakukan operasi pemantauan di kawasan berkenaan.





0 comments:

Post a Comment