Saturday 16 July 2016

Filled Under:

Ibu Durjana!! Bunuh Anak Di Pagi Raya, Bakal Berdepan Hukuman Gantung


>Satu kejadian yang menyedihkan berlaku di Kajang ketika di pagi raya yang lalu. Seorang ibu berusia 26 tahun yang dipercayai menendang anaknya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian.

Perbuatan itu menyebabkan Nor Nazierah Rahmat kini berdepan hukuman di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang setelah dia menghadapi tuduhan membunuh anak sulung, Nur Umairah Zainol Abdullah.

Kejadian menyedihkan itu didakwa berlaku di rumah mereka di B3-414, Flat Sri Inang, Jalan Sri Inang, Balakong, Kajang dekat sini antara pukul 11 pagi, 17 Julai dan 5 pagi, keesokan harinya.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Abirami mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Nor Nazierah yang tidak diwakili peguam bela, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad.

Nazierah yang merupakan seorang suri rumah tidak membuat sebarang pengakuan bersalah untuk direkodkan. Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 23 September ini untuk mendapatkan laporan bedah siasat.

#Nor Nazierah yang memakai baju T hitam dengan tudung berwarna coklat kelihatan menangis teresak-esak sejak dibawa masuk ke dalam mahkamah. Tiada seorang pun ahli keluarga terdekat mahupun suami tertuduh yang dilihat hadir mengikuti prosiding hari ini.

Nazierah mempunyai seorang lagi anak berusia satu tahun dan suaminya merupakan seorang tukang masak.






0 comments:

Post a Comment