Saturday, 16 July 2016
Kita DIGEMPARKAN lagi dengan Pramugari MAS maut dilihat menangis teresak esak sebelum jatuh tingkat 4 (4Gambar)
Posted By:
Unknown
on 02:24
#Polis tidak menolak kemungkinan kematian seorang wanita yang ditemui berlumuran darah di bawah Apartment Green Avanue Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang semalam berpunca daripada bunuh diri.#
#Mayat mangsa, Chong Nyuk Moi, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh beberapa penduduk di situ pada jam 6.25 petang semalam.#
#Jurucakap Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan itu pada jam 6.28 petang.#
#Katanya, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang perempuan yang lengkap berpakaian berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di bawah bangunan Blok B Green Avanue Bukit Jalil.#
#"Mangsa yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.#
#"Hasil siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bertindak terjun dari tingkap rumah di blok berkenaan berdasarkan bukaan pada tingkap dan juga selari dengan tempat dia jatuh.#
#"Tiada saksi melihat kejadian itu, tetapi dipercayai berlaku ketika hujan lebat sekitar jam 6.30 petang semalam," katanya.#
#Menurut jurucakap itu lagi, polis turut menemubual seorang rakan mangsa yang tinggal serumah, tetapi tidak sedar kejadian itu berlaku kerana sedang tidur di bilik berasingan.#
#Bagaimanapun, katanya, rakan itu memberitahu pada awal pagi kejadian, mangsa dilihat menangis seorang diri di bilik tidurnya, tetapi tidak mengetahui punca yang berlaku.#
#"Namun, anggota polis menjumpai nota kecil yang diconteng dengan perkataan yang disyaki untuk membunuh diri terletak di atas katil dalam bilik tidur mangsa.#
#"Keadaan bilik mangsa tidak berselerak dan dompetnya juga masih berada di atas katil serta tingkap bilik tidur telah terbuka dan konsisten dengan tempat mangsa jatuh," katanya.#
#Siasatan juga katanya, mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai bertindak terjun keluar melalui tingkap bilik untuk membunuh diri.#
#Mayat Nyuk Moi kemudian di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat. - R.I.P Credit MalaysiaGazette#
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment